Translate

Friday, 28 September 2012

A WORD

"A computer once beat me at chess, but it was no match for me at kick boxing."

KIT KAT



Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, 


lalu dia pun pergi ke tandas awam.


Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya,
“Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”



Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham

pun bercucuran keluar dari matanya



Lelaki tadi terkejut dan berkata, 

“Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, 
masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”




Ibrahim bin Adham menjawab,

“Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,
bagaimana pula dengan syurga Allah?
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya??- HH

Sunday, 23 September 2012

JIHAD

firman Allah Taala:

إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصادقون

"Hanya sanya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak meraguinya dan berjihad dengan harta dan nyawa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." (al-Hujurat : 15)

RENUNGAN

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.... ;)

Tuesday, 18 September 2012

SAYS



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

UAI N ZIZAN

http://www.youtube.com/watch?v=x4Xq-9oEueU

D.ZAMANTA


SAIDINA ALI